Kempen demi kemenangan Islam : 15-18/01/09
gambar sekitar kempen bersama rakan seperjuangan.....
seronok...hepi..penat pn ada..tapi alhamdulillah....
pengalaman indah jd wakil calon ridzuan mohammad...=)
time kasih untk wea mad n sahabat2 yang lain....

bakal YB insyaallah- gaya seorang pemimpin yang disegani....

yang ni org kuat hafiz ilyas..hehe..gerun ambo!

inilah kami...terus gah xkira penat lelah...
terus mara ke hadapan...
....
bijak mengatur langkah!

hebat mengatur langkah, sopan menutur bicara, lembut budi bahasa....
hidup wea maddd!! =)
srikandi perjuangan!- sekitar penamaan calon PRK UM 140901

sekitar hari penaman calon, sempat aku merakam tiap detik indah bersama sahabat seperjuangan.....

sweEt gurls- suE n Sya...hehe('',)

tak kan mengalah....terus gah!

muslimat tetap bersemangat!

Bersama akak2 senior-terik mentari bukan penghalang....

hope n change!!-yesssss...we can!!!!!!!!
alhamdulillah kemenagan itu milik Islam...

MPPUM: Pro-M setuju tubuh kabinet campuran
MPPUM: Pro-M setuju tubuh kabinet campuran


Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menyambut baik kesediaan kumpulan pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa, untuk membentuk 'kabinet' campuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi tahun ini.

Pengerusi pro-Mahasiswa, Norazali Zainuddin berkata ia adalah satu langkah yang baik bagi mengelakkan persengketaan sesama sendiri.

"Kita berlapang dada dengan tindakan mereka untuk membentuk kerajaan campuran, walaupun masing-masing membawa agenda yang berbeza," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua pihak berhenti bertegang urat kerana apa yang diperjuangkan adalah untuk membawa perubahan dan suara mahasiswa.

Semalam dilaporkan, Penggerak Mahasiswa bersedia memberi kerjasama kepada pro-Mahasiswa untuk menubuhkan 'kabinet' campuran dalam Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) sesi kali ini.

Jurucakapnya, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ali dilaporkan berkata pihaknya reda dengan kegagalan kumpulannya untuk mengekalkan penguasaannya selama lima tahun dalam pilihanraya kampus kali ini.

Katanya, walaupun pihaknya mendapat 20 kerusi manakala pro-Mahasiswa pula mendapat 19 kerusi, tetapi dari segi undi popular dan penguasaan kerusi umum, ia memihak kepada lawan mereka. Calon bebas turut memenangi dua kerusi fakulti.

Pro-Mahasiswa berjaya menambah lapan lagi kerusi, berbanding11 kerusi yang dimenangi mereka sesi yang lalu.

Penubuhan MPPUM


Mengulas perkara tersebut, Norazali juga mengesahkan salah seorang calon umumnya, Mohd Ridhuan Mohamad telah dihubungi Wan Mohd Hafiz yang menyatakan kesediaan mereka untuk bersama pro-Mahasiswa dan calon bebas membentuk kabinet campuran.

Bagaimanapun, kata Norazali, pihaknya masih belum menetapkan tarikh perjumpaan dengan dengan Penggerak Mahasiswa dan calon bebas berhubung pembentukan kabinet campuran itu.

Mengulas calon yang dipertua MPPUM, beliau berkata, ia akan dibincangkan dalam perjumpaan itu nanti.

"Yang pasti calon tersebut daripada calon umum pro-Mahasiswa yang berkelayakan.

"Ini kerana undi di peringkat kerusi umum mencermin undi, sokongan dan kepercayaan keseluruhan mahasiswa," katanya.

Dalam pilihanraya kampus kelmarin, jumlah kerusi umum yang dimenangi pro-Mahasiswa bertambah enam kerusi lagi, berbanding dua kerusi yang dimenanginya tahun lalu.

Enam daripada lapan calon pro-Mahasiswa bagi kerusi umum, menang dengan mendapat undi lebih daripada 5,000 undi.

Menurut Norazali lagi, pihaknya kini masih menunggu dihubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Mohd Ridhuan supaya mendesak HEP mempercepatkan pembentukan kabinet MPP.
-Abdul Rahim Sabri
inilah gaya pemimpin arab-ketika kita sedang berjuang!

Belum lepas dari ingatan kita, bagaimana keras kepala dan keras hatinya para pemimpin Arab melihat tragedi di Gaza Palestina. Mesir yang paling dekat dengan perbatasan Gaza sampai detik ini pun belum dan tidak mau membuka perbatasannya di Raffah. Begitu juga dengan Jordan, mereka secara geografis termasuk yang dekat dengan Gaza, hanya karena terikat perjanjian dengan Israel – mereka tega membiarkan saudara-saudara muslimnya di Gaza terbantai oleh Zionis Israel. Setali tiga uang dengan Arab Saudi, ali-alih menunjukkan sikap yang tegas terhadap aksi holocaust Israel di Gaza, untuk menghadiri KTT di Doha pun mereka enggan.

Mungkin gambar-gambar dibawah ini bisa memberikan penjelasan atas sikap kepala batu nya para pemimpin Arab melihat tragedi di Gaza.






Dari kiri, Raja Abdullah (Saudi), Menlu Arab Saudi, Saud Al-faisal, Raja Abdullah (Jordan), George Bush






Menlu Israel Tzipi Livni bersalaman mesra dengan Presiden Husni Mubarak (Mesir)






Mahmud Abbas (Fattah) berjabat tangan mesra dengan Menlu Israel Tzipi Livni






George Bush, Ehurt Olmert dan Husni Mubarak saling mempersilahkan










Raja Abdullah (Saudi) bergandengan tangan akrab dengan George Bush








Senyum saudara kembar, Ehurt Olmert dan Husni Mubarak









Raja Abdullah (Saudi) saling membalas cium dengan George Bush


Jadi wajar kalau para pemimpin Arab sangat 'banci' menghadapi Zionis Israel dan tidak tegas dalam menentang agresi dan holocaust yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestina di Gaza.

Kita berdoa bersama semoga para pemimpin Arab dan semua pemimpin Muslim terbuka hatinya melihat tragedi kemanusiaan ini. Dan semoga mereka tidak lupa dengan firman Allah SWT :

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin....."(Ali-Imran[3]:28)

(fq/berbagai sumber)

Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya !!
Pro-Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya

KUALA LUMPUR, 20 Jan - Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.







Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.

Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.

Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004.


Image









bergambar bersama meraikan kemengan...

Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.

Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.


..bicara buat sahabatku yang tersayang...........
al-fatihah untuk arwah sahabatku yang tersayang....
nur hazwani zakiria....
yang telah kembali ke rahmatullah 05/10/08@5 syawal 1429H

....ya allah.........

aku rindukan sahabatku......
aku perlukan dia ya allah...............
ntah mengapa...tika ini...saat ini...
wajahnya kian menjelma....aku terasa kesepian...
kesunyian yang menjengah tiba...
tak mampu ku ungkap dengan kata-kata....
walaupun senyuman ini tidak pernah lekang dari bibir...
namun hati ini tetap terasa pemergiannya....


suE dan Hani-nilam puri 06

hani...tika ini ku perlukan kekuatan....
kata-kata semangat yang selalu kau bisikkan....
untuk ku terus bersemangat meneruskan perjuangan ini...
aku kesepian sayang.............

sayang...tika ini mataku berkaca..
air mata ini seolah-olah tidak mahu berhenti....
aku rindukan kesetiaan seorang sahabat....
aku rindukan kasih sayangmu....
aku rindukan gelak tawamu........
aku rindukan sekongan mu....
aku rindukan mu sayang...................

masa jd mc ramadhan al-mubarak 12th klej-07

ya allah.............
hanya padamu ku berserah...

sampaikan salamku buatnya......
sampaikan ayat suci al-quran dariku buatnya...
semoga beliau dicucuri rahmat.....
jauhkanlah segala siksaan terhadapnya......
dialah sahabatku dunia akhirat........

ice-cream menjadi saksi..windu ini tidak pernah berakhir....
jamuan majmuah 4-nilam puri

ya allah....bilakah rindu ini akan berakhir..........
aku tidak mampu menghadapinya.....
hanya padaMu ku berserah...
kurniakan ku penggantinya.........
Teman sejati...pembimbingku dunia akhirat...amin...
aku menunggu kehadirannya ya Allah....
semoga dia yang terbaik untuk ku....amin......
PRK UM-sekitar hari penamaan calon 14/01/09
..salam PRK untuk sahabat sekalian.... ('',)

selamat mengundi untuk semua warga kampus...
esok 19/01/09..adalah hari penentu bg seluruh warga UM,
semoga dapat mengundi dengan penuh kebijaksanaan....
HOPE FOR CHANGE!!!

Sekitar hari penamaan calon 14/01/09
hope for change! -yes, we can!!

sahabatku juga x ketinggalan ...blarok ramai2.....('',)

pemimpin yang disegani.... pantang berundur walau selangkah!!
ayuh...! kita terus mara ke hadapan....

terus bersatu...menuju ke arah perubahan!...
muslimat turut bersama...berganding bahu...

Bersama menyokong agenda perubahan..penuh harapan....
salam maal hijrah 1430H & selamat tahun baru 09..
assalamualaikum...buat sahabat2 yang tersayang...
di kesempatan ini..semoga dengan lembaran yang baru bermula...
doakan agar diri ini masih berkesempatan untuk menebus dosa lalu..
memperbaiki diri..untuk semakin menghampiri-MU...

Kekangan waktu yang menjengah tiba, tidak bisa kita hapuskan..
namun itulah hakikatnya...dunia sentiasa mengejar kita..tanpa henti..
semoga sahabat sekalian..dengan hadirnya lembaran baru ini..
dapat kita tingkatkan ibadah dan amalan kita pada Allah....
yakinlah ...sesungguhnya tetap Allah bersama kita,
andai sesaat pun kita tidak pernah melupai-Nya..



untuk arwah sahabatku yang tersayang.....................
nur hazwani zakiria....
rindu ini tidak pernah berakhir.......
dan aku masih 'menunggumu' sayang.........
(pas ni aku cite lagi...)

..kepada sahabat sekalian,
moga tahun ini dan yang mendatang..
ku doakan agar hidup kalian lebih sukses...
semoga allah merahmati kita semua....
amin ...
salam maal hijrah........ :-)