tazkirah >> jgn makan ikan sardin dalam tin('',) 1/09/09
Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.
~4wad dari email~
tazkirah >> Bunga cantik tapi x wangi('',) 22/8/09
Anda pernah melihat bunga? Tentu sekali pernah. Orang kata bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Itulah ibarat kepada seseorang yang cantik tetapi tidak berakhlak dan berbudi.

Seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah" , maka akan menguntumlah senyuman di bibir dan berbungalah hatinya . Tersipu-sipulah ia .Ahh! Siapa yang tak seronok apabila dipuji dan dikatakan cantik dan lawa? Itulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang sentiasa merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa diri kerdil apabila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana menyangka dirinya punya kelebihan . Kata orang juga, wanita cantik banyak yang dimahunya . Apabila diri merasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Kalau dia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi 'andartu'. Hidup liar bagai merpati, senang didekati tetapi ditangkap lari (tolong baca sampai habis artikel ini). Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suami yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka dan menjadi hamba kepada kecantikan isterinya . Menyayangi isteri hanya atas dasar kecantikan maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayuskan suami. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuanya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau lebih teruk dengan meminta dicerai. Alangkah indahnya jika si isteri menggunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada agama dan akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, kecantikannya hanya untuk suaminya dan ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak punya pekerti tinggi, tidak berakhlak adalah ibarat seperti bunga raya. Cantik warnanya tapi keharumannya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak terlalu cantik tapi berakhlak mulia, taat pada Allah dan suami adalah ibarat bunga cempaka. Kecantikannya tidak seberapa tetapi keharumannya memikat jiwa. Antara bunga cempaka dan bunga raya, sudah pasti bunga cempaka diminati dan dipilih orang. Kasihan pada bunga raya kerana tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar bahawa diri hanya jadi bahan mainan.

Wanita yang tidak cantik malah tidak berakhlak pula hanya akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula berbau harum dan wangi. Maka tiada apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Jadi usah dibangga dengan kecantikan dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia tetapi marilah berlumba-lumba utk menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya lebih bernilai dan disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurnian Allah itu dari dirinya. Bukan jua kerana iri hati dan tidak mahu ada yang menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung timbunan dosa akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka kerana sifat mazmumah sudah membelenggu jiwa akibat daripada kecantikan diri yang dijulang bagai mahkota.

Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Baik dan buruk, cantik atau hodoh itu semua adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh(maknanya kurang cantik) sama-sama perlukan persediaan kerana pasti akan tiba suatu masa di mana yang berwajah cantik atau hodoh dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Adakah pada saat itu masih berguna kecantikan yang ada? Kita semua tahu jawapannya.

Maksud sabda Rasulullah s.a.w: "sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras, tidak melihat pada keturunan, tidak melihat pada harta tetapi Allah melihat pada hati-hati kamu dan amalan kamu"

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu di timpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl ayat 53

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa diantara kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..." Al Hujurat ayat 14

Wallahu a’lam. Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi orang yang terbaik
kisah tempayan retak=) 19/08/09
Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua-duanya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu daripada tempayan itu retak, sedangkan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.


Selama 2 tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengangkut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu sahaja tempayan yang tidak retak merasa bangga di atas prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali di atas ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang ia miliki.


Setelah 2 tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, si tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air;


" Saya sungguh malu pada diri saya sendiri dan ingin memohon maaf. "


" Kenapa? " tanya si pengangkut air.


" Kenapa kamu berasa malu? "


" Selama 2 tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air daripada yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi badan saya. Ini membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang perjalanan ke rumah majikan. Kerana kecacatan itu saya telah membuatmu rugi " , kata tempayan retak itu.


Si pengangkut air berasa kasihan kepada tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata ;


" Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan. "


Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Tempayan retak itu kembali meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.


Si pengangkut air berkata kepada tempayan itu;


" Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga indah di sepanjang jalan di sisimu tapi tiada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Itu kerana aku telah menyedari akan kecacatanmu itu dan aku manfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak akan mengairi benih-benih itu. Selama 2 tahun ini aku telah memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah ini. "


Kesimpulannya, setiap daripada kita memiliki kekurangan dan kecacatan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Di mata Allah yang Maha Bijaksana, tidak ada yang terbuang atau dibazirkan secara percuma. Jangan takut akan kekurangan kita tetapi kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan setiap orang, terselit kekuatan yang kita belum temui.


* diubahsuai daripada Majalah Blues Selamanya
kenangan semalam... 0400809
Kisah Suka Duka Kenagan Semalam
Masih Terukir Indah Di Ingatan
Teguh Terpahat Di Hati Nurani
Masih Jelas Terbayang Di Fikiran
Persahabatan Yang Lahir Dari Kasih Sayang

Segala Rintangan Kita Kongsi Bersama
Walaupun Susah Kita Tempuhi Jua
Tak Pernah Ada Rasa Bermusuhan
Di Kalangan Kita
Itulah Sifat Kasihmu Duhai Teman-Teman

Sukar Rasanya Untuk Mencari Teman
Yang Berhati Mulia Penuh Keikhlasan
Benarlah Kata Pujangga
Teman Ketawa Boleh Dicari
Teman Menangis Hanya Keseorangan Diri

Kasih Murni Hubungan Insan
Kasih Suci Jalinan Iman
Terungkap Sebuah Persahabatan
Yang Lahir Dari Cinta Kasih
Pada Mu Tuhan
tinta buat shbtku... 030809 al-fatihah
tinta buat shbatku...nur hazwani zakiria...
yang telah kembali ke rahmatullah...
051008.. sayang..moga dirimu aman disana...

2.56 pagi... 030809...
tiap detik berlalu..ku cuba lelapkan mata... namun tetap xlena..
bukan memikirkan hari esok... prezentation + test...
cuba membuka nota2..namun fikiran menerawang...
memikirkan mu sayang....

al-fatihah buatmu sayang...........

hani...andai dapat ku putar waktu..
ingi ku curahkan kasih sayang ku... padamu...
ingin ku lafazkan... bahawa aku sayang padamu...
aku kasihkan diri sebagai sahabatku...tapi lidahku kelu..
hani..mengapa terlalu cepat kau pergi.. meninggalkan suE sendirian...
mungkin orang berpendapat... tidak wajar ku utuskan bicara ini buatmu...
kerana telah tiada disisiku... yaa...! aku akur,..
tuhan lebih menyayngi mu..sayang..

hani..apa khabarmu disana...
air mata ini tidak henti mengalir... aku rindu padamu...sayang... kembalilah..................................................................................................

hani..Ramadhan kini bakal menjelma...
ingatan ku padamu makin sukar untuk dipadam...
kita pernah berbicara bersama... berjanji bersama2...
paling manis, janji utk menjadi pengapit ku..
dihari bahagiaku nanti...indahnya..jika sayang ada kan? ..
janji yang tidak pernah padam dalam hidupku.... cepatnya sayang pergi....

hani.. 050809 bakal menjelma... hari kita bakal mengambil jubah utk konvo...
kita akan konvo sayangggggggggggggggggggggg..................... pulanglah...
kita janji utk ambil jubah konvo same2...kan sayang...

Terasa bagai sudah lame kita saling mengenali.. walaupun hnya 4 tahun..
kita share segalanya...tiada rahsia antara kita..

hani.. 120809 bakal menjelma...
hari kita konvokesyen sayang........................!!
bagaikan x percaya..kita akan konvo kan sayang.... kita dah berjanji..
umi & abah akan datang... umi & abah hani pun akan datang...kan sayang...
ku tunggu jambangan bunga dari mu... hani...
kita saling berjanji untuk menukar hadiah.. kan sayang....

hani.. 200809 bakal menjelma..
tarikh pertama dijangka berpuasa... suE akan melawatmu di kelantan nanti... tunggu kan kepulangan suE ye... windu juga nak jumpa umi & abah..

~Hani & along... TTDI 08~

hani... xpernah ku lupakan... 200908 ..
kita berbuka di masjid TNB.. pertengahan Ramadhan...
suE ajak hani balik utk solat di kolej... memandangkan kawan2 lain ingin solat tarawikh disana... namun, hani xnak balik.. kata mu...
"aku nak solat dulu kat sini.. takut xjumpa Ramadhan lagi..."
ku lihat dirimu khusyu' mmbaca quran... bnyak petanda yang telah kau tunjukkan padaku.. namun.. tak pernah ku mengerti.. kenapa ye sayang...

hani... xpernah ku lupakan... 240908 kita berbuka di masjid TTDI..
dah lame hani nak pergi kan.. xpernah ku menyangka yang kita kan berbuka puasa kali pertama & terakhir sayang... satu meja... & makan gulai kambing kawah! bestt... kita mkn sampai knyang.. moreh lagi.. hani suka makan apam kan sayang... pas moreh, sebelum pulang... sempat hani tanya suE..

' eh SuE, kalu aku xder mesti ko sedihkan.... ???" nape hani tanya suE cam tu....
suE senyum je kat hani kan? ingat x... sempat gelak2 lagi..
xjawab pun hani tanya....
hani tanya lagiii..... ' sedih x suuuuuuuuu...??' smbil glak2....
xpernah ku memikirkan maksud disebaliknya...... " mesti la sedih he2.."
suE pun ikut same glak... pastu kita balik kolej... mlm tu jgk helmet suE hilang..kna amik org... sedih gak..

~ pertama & terakhir kita iftar bersama...~
ntah knape mlm tu, suE xder mood nak bergambar ngan hani...
nape ye sayang..... yup... xder pun gmbar kita berdua.. seolah2 kau dapat merasakan yang perpisahan ini akan terjadi...

nape syg...........................
nape xgtau yang hani akan pergi...............................................

hani... 260908... hari terakhir kita berjumpa...
suE balik ngan bas PMKUM... tinggal bebrapa hari lagi ...
kita kan sambut hari raya... xder sape yang nak hntar suE kat kolej 2,
naik bas kat sane... hani yang offer diri nak hntarkan? baiknye sayang...
terima kasih........... kita angkut brg2 ngan mto hani...
ntah mengapa 2 3 hari ni kita agak rapat, bercerita & saling sharing...
hmpir 1 sem ni, kita jarang bersua, mungkin krna kolej yang berbeza...
malam itu..kita saling berpelukan... lame.. seolah2 xnak berpisah..........
suE masih ingat senyumanmu... terima kasih syg...
hani.. suE xtau pn... mlm tu adalah mlm yg terakhir untuk kita bersama...........

hani.... 011008.... hari raya yang pertama...
selamat hari raya sayang.... ntah mengapa, raya kali ni seolah2 kita makin menjauhkan diri... suE xpernah call hani spt sblm ni... jk sblm ni, esok nak raya.. pasti kita kan bergayut di telefon kan....? kita akan berborak hampir sejam kan sayang............ tapi tahun ni, suE xcll hani... mesej pun tak.. maafkan suE sayang... n thun ni juga, suE zpi umah hani.. xcam raya dulu2..ntah mengapa.. suE pun xtau, knapa dgn diri ini... tidak seperti dulu2...

~kenangan Nilam Puri~

hani... 041008... hari raya ke empat...
hani mesej suE selamat hari raya... terima kasih syg... suE bls mesej hani....... tapi hanya skdar satu msj shj! maafkan suE.........

hani... 051008........... hari raya ke lima...
ketika di dapur, suE terima satu mesej... jam 7 ptg...
''al-fatihah buat shbt kita, nur hazwani zakiria...
yang telah kembali ke rahmatullah jam 4 ptg td akibat kemalangan kereta .."

????????????????????? aku seolah2 bingung sekejap... hazwani mane ea... aku bermonolog sendirian.................................

ku baca sekali lagi.... 'nur hazwani zakiria..........................'
hani???????????????????//betul ke....??
terduduk aku diceruk dapur..... mata mula berair....
adakah hnya gurauan dari shbt2... ku telefon pip, dia pun xpasti.....

aku terus call along, kakak hani yang sme2 stdy... 'along... betul ke................?'..
suaraku mula serak2 ... 'aah, betul su.. wani dah xder.. dia xcdnt td...."" ??????

su sayang hani....

ya allah.............................. hani... air mata mengalir laju... tanpa henti...
hani..................jgan tglkan suE......... ku peluk bntal..
menangis endirian dibilik...
hanya yasin & al-fatihah ku kirimkan buatnya.............. amin..

p/s; badan terasa panas... hrap2 xdemam esok..
air mata ini tumpah lagi.. i miss u sayang..
al-fatihah buatmu sayang...(cont~)
i miss u sayang... ;-(
dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana?
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

c/o : air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
pergimu takkan kembali

walau kau disana
namun doaku akan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..
KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY 26/7/09
~saat bahagia di hari perkahwinan beliau~

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY


Dunia dikejutkan dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park.

~kalungan bunga oleh sahabat & pejuang dari seluruh dunia~

Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.~bantahan di seluruh dunia menyaksikan kebangkitan muslimat~

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.

~rakan2 sekuliah beliau tidak ketinggalan memperjuangkan keadilan~

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup.

~Senyuman seorang syuhada'~

Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

~Ribuan penduduk mengiringi jenazah beliau~

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

~Semoga Allah merahmati as-syuhada' marwa sherbini~ amin..

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

dipetik dari Zaharuddin.net