slm aidil-fitri sayang... 17/9/09
~miss u...al-fatihah~

..dari smlm, ku pandang sepi..kad yg terisi.. ku belek2, ku tilik2, ku coret2 lg.."slm aidil-fitri syg..'ku lipat & ku simpan.. ku buka kembali..anehnya ku masih mencoret walau ku pasti penerimanya tiada..namun tersemat indah namamu saya...ng..mata berkaca.. Apa khabar sayang disana?

~ sunyi...~ tika gundah ini, ku ingin sekali berbicara dengan mu sayang... Mlm ni suE akan bertolak ke kg halaman, sejarah kita kan berulang kembali.. semuanya sama..di tmpat yg sama..bezanya,.dirimu yg tiada sayang.. Walau setahun telah berlalu, masih segar pelukan terakhir darimu.. kau pernah melafazkan, kita xkan berjumpa lagi slpas ni..aku xpercaya..nape xgtau sayang akan pergi..buat selamnya.. aku rindukan mu sayang..datanglah walau untuk beberapa ketika..air jernih mengalir terbayangkan gelak tawamu.. =(
"salam aidil-fitri untuk sahabat yang tersayang,

arwah NUR HAZWANI ZAKARIA"
~ i miss u soo much!~


hantaran perkahwinan>> 080909
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd

Apa benda nih detik hati Nabil.

Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : Auzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. kedengar suara gemersik Ustaz Saad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Saad.


Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. penutup Ustaz Saad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Saad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
coret2 >> harga minyak naik hehe (OO,) 03/09/09

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang

di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk

mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada

RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula

hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak

kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat

petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka

berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari

hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35,

berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.

Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk

berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar

anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya

naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata,

"Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru

di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan.

Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak

ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan

tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata,

"Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya

pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal

bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi

saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun

bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah

interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan

jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh

, berkata,"Bahasa Malaysia , shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah',

'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang

beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh."