tazkirah>> tip untuk menghargai isteri (00,) 5/12/2009
MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.

Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.
Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah.

Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.
'
3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan.

--------------------------
--------------
"Sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk berpecah akhirnya.. jika rumah tangga yang sudah dibina mengalami masalah kedua-kedua nya perlu bertanggungjawwab.. sikap lelaki yang suka berdiam diri ketika berhadapan dengan masalah kerana mungkin lelaki merasaka tidak mahu memperbesarkan masalah dan bingung dengan apakah yang diminta oleh seorang wanita sebenarnya tidak memberi penyelesian yang baik kerana wanita menunggu lelaki tersebut supaya memberi respon dan silalah gunakan cara yang bijaksana dan lembut kerana seorang lelaki dan perempuan adalah manusia yang masing masing mempunyai perasaan namun kasihanilah wanita yang hanya memerlukan bantuan untuk menjayakan rumah tangga yang dibina. Sikap emosional wanita adalah sifat lahirahnya kerana wanita telah diberikan rasa kasih sayang yang lebih berbanding lelaki, maka itulah wanita dipilih untuk melahirkan dan mendidik anak2 namun setiap wanita memerlukan lelaki untuk memimpin dan melindunginya.
tazkirah>> tanda-tanda sifat sombong 22/11/09 =)

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini
ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan,
akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang
keterlaluan, sederhana atau ringan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong?
Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya
merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya.
Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang
yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur,
pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan
dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada
orang tersilap atau tersalah.

3.. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang
yang satu 'level' atau sama taraf dengannya. Manakala
dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya,
dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status
atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level
dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka
dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya.
Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk
sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka
meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada
yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil
perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah
untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak
prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut
cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap
dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain
bercakap.. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong
percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan
keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya.
Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada
perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula
untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap
dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik,
dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta
maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf.
Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11.. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi
dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang
lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila
orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara
halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana
perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat,
memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai
pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan
diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan
orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada
makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan
yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok
dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian
yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang
yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada
memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan
diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan
suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentakhentak
kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang
lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut
dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu
orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana
takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan
kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat
tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang
menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang
lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau
menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya.
Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa
bangga dan senang hati..

Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah
cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila
sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau
mencabut sifat keji ini.

SEBAB-SEBAB SOMBONG

Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu
kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pembantu
untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah
jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian
tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk
kita mengubat jerawat itu.

Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu
memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:

1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau
kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana
menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti
jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan
lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi
sombong.

2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan
tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada
pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi
pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa
lebih pandai daripada orang lain.

3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang
itu menjadi sombong.

4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan
fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan
diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan
lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.

5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan
bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas
merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding
dengan dirinya.

6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik,
disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh
ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi
sombong.

7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia
orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang
cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini
dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada
sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana
benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu
tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau
tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan
sikap sombongnya. Golongan yang sombong di taraf ini
bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar,
inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong.

Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab
dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak
bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab,
seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat
sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan
memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
Cantik>> Bandar bawah bukit di Sepanyol (00,) 20/11/09
Keindahan alam ciptaan Allah... (sepanyol)

wujudkah sebegini di Malaysia...?

hehe..cm ner laa gamak nye ye...=) siling depa guna ape ea

terfikir dr sg struktur plak cm ner...

ohhh ho... sungguh menyeramkan....

subhanaallah...so beautifulll =)

nice picc=) yakini kekuasaan Allah..