Selamat hari lahir abah (00,) 11/01/2010

‘selamat hari lahir abah….(00,)

Hari ni 11/1/2020.. genap 55 usia abah.. antar insane yang paling ku syg ;) Selamat Hari lahir abah… semoga panjang umur, murah rezeki.. dipermudahkan segala urusan, beroleh kebahgiaan di dunia & akhirat… amin ;))

Abah..terima kasih d atas segala jasa baik abah mendidik anak abah yang awa ni ;) hehe..Abah yang terbaik!! Aku anak yang sangat bertuah memiliki seorang bapa sepertimu.. tiada siapa yang mampu menggantikan tempatmu di hatiku… Terima kasih atas dididakn abah (dan umi) yang telah mendidik anak abah ni, hingga menjadi manusia yang berguna.. terima kasih bah, kerana menyekolahkan ku, mendidik ku..menghantarku ke sekolah agama… Terima kasih juga atas kesabaran abah… Tak mampu untuk ku balas segala jasamu..

Kenapa saya bertuah menjadi anak abah… ;)

Masih saya ingat lagi, bermula di Tadika, & dan ke sekolah rendah, juga ke sekolah menengah &serta menjejakkan kaki ke menara Gading, abah lah yang menguruskan segala-galanya… Sejak dari kecil, abah tak pernah menjentik saya, apatah lagi memukul saya. Jika ummi marah & cubit saya, abah la orang pertama yang akan back-up saya.. Saya anak yang bertuah hehe.. Sejak usia abah yang semakin meningkat & saya pula semakin menginjak dewasa, kami saling sharing & bnyak berbincang masalah bersama..tak kiralah samada masalah kecik atau besar..

Seingat saya, ketika darjah 6.. ada majlis ‘restu Ibu’, biaselah sebelum XM UPSR & pelajar perlulah membawa ibu masing2. Puas memujuk umi, namu umi xdpt hadir kerana mempunyai urusan yang lain. Akhirnya abah jua yang menemasni saya. Kelihatan teman2 bersam ibu masing2, namun saya hadir bersam abah. Ya, saya sorang yang bawa abah, yang lain bawa ibu hehe… semua mata memandang pada saya.. saya malu… ;)) dan mula mengangissss… (hahaa.. lawak tulll ;)) nangis hingga basah tudung.. malu woo.. tapi saya bangga membawa abah ke majlis tu, mgkin kerana abah saya seorang yang hensem haha… actually, mase nangis tu.. abah gitau saya.. ’anak abah kena kuat semangat dalam mencari ilmu.. jangan nangis ye.. “ hingga kini ayat itu masih bermain di fikiran saya & Alhamdulillah, saya Berjaya menghadiahkan sebuah keputusan yang cemerlang pada UPSR tahun itu.. 5A! ;)) alhmdulillah…

Saya mempunyai sebuah keluarga yang besar, adik beradik 8 orang.. Tiap kali awal tahun, abah pasti akan pening kepala, ciaan gak kat abah.. hu2.. ye la, anak akan masuk kea lam persekolahan., pening juga abah memikirkan duit untuk membayar yuran kami. Bayangkan, jika kakak saya darjah 6, abang Mi darjah 5, saya darjah 4, adik jib darjah 3.. adik din darjah 1 & dik izwan mula ke tadika… oooh, tak dapat saya gmbarkan betapa susahnya ummi & abah membesarkan kami…Tiap kali awal tahun, saya akan membantu abah untuk pack-kan duit dalam plastic, mengikut jumlah yuran masing2.. he2.. lwaakka? Takut tercicir nanti ;)) Berarnye pengorbanan ibu bapa saya…

s

Didikan seorang abah..

Abah seorang yang tegas dalam mendidik anak2.. namun hebatnya abah, beliau tidak pernah berkasar dengan anak2.. Ya, saya tak pernah dipukul.. Jika dibandingkan dengan ummi, didikan yang berbeza hehe.. dah biase kena marah, kena pukul pun ade ;) tapi saya wat doo nooo je hehe… dah ‘kebal’. Namun berbeza, jika abah yang menegur saya…pasti berkaca mata saya.. walaupun ayat abah hanyalah dua tiga patah… Pernah abah menegur saya lambat bersiap (mase nak hantar pi mane ntah)..

“kan abah dah kata, kalu 3.30 siap, 3.30 laa kna siap, ni 3.30 baru nak mandi, baru nak ion baju….”

Saya diam, trus berkaca mata….. & menangis slow2 hehehee… lawakkk tul ;) “ok…” blas saya (tanda merajuk laa tu hehe) Didikan abah cukup ringkas, namun cukup mengesankan jiwa.. Abah tak marah, namun.. menyuruh anak2 nya berfikir sendiri baik buruk tindakan yang diambil.. Abah seorang yang cukup memahami, dan tak suka bile something tu dirumitkan. Abah suka menasihatkan anak2 nya dengan menggunakan perkataan ‘anakku…’ (lawak gak;) tapi bile abah mula kan bicara dengan ‘anakku’, bermakna ada something yang tersirat disabalik ayat2 beliau.. Pernah saya mengadu.. ‘abah, susah laa stdy…’ namun dengan tenang abah menjawab, ‘anakku, Ilmu tu milik Allah. Sesiapa yang menginginkannya sahaja yang akan mendapatkannya…”..

‘abah, kawan2 Da dah kahwin.. dah ada ank sorang ..;)’

Saya memulakan perbualan dengan abah… ‘Anakku, mendidik anak bukan suatu yang mudah.. Ketika usia masih muda ni, carilah ilmu sebanyak mungkin… Memanglah dah kawin seronok, ada anak.. tapi fikir kena panjang.. kahwin bukan untuk sehari dua.. Nak jaga anak, bukan suatu yang mudah.. Gunalah peluang untuk belajar ni, belajar bersungguh-sungguh.. Insyallah abah yakin masa depan anak abah ni lebih mudah, belajar lah setinggi yang boleh.. duit abah akan cari, jangan fikirkan sal duit…’ ayat2 abah membuatkan saya terdiam… lama berfikir..

Ketika saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Master, abah dan umi lah yang paling gembira.. Majlis konvokesyen pada 12/08/09 merupakan kenangan yang terindah dalam hidup saya. Semoga saya berjaya menyarungkan jubah Master & menghadiahkan sebuah lagi kejayaan untuk ummi dan abah. Apapun yang terjadi, ummi & abah tetap saya dahulukan. Saya sayang umi & abah………………………… ;)

Selamat Hari Lahir untuk abah yang tersayanggggggggggggggggg;;)

..i love u sooooooooooo muuuchh!! ;)~

2 Responses

  1. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.