tazkirah>> Agama & Sains; Bagaimana arak membahayakan kesihatan & memabukkan... (22/12/09)
Agama & sains: Bagaimana arak membahayakan kesihatan & memabukkan..

90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya


(Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai “very important and attractive market” dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.

Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya. Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.

Perbuatan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp. Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.

Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”. Sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsure-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).

Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.

Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.

Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan.Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.

Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.

Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi.

Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip.

Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus. Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal.(mentally retarded)

Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya.Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum. Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil “langkah berjaga-jaga” dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang “halal” di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. “Langkah berjaga-jaga” ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA).

Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .

Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan “Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor”. Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian.

Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada “menasihatkan”, “Do not look at

wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things” ..

Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada “berpesan”, “they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man.”

Alhamdulillah sebagai muslim yang faham, sebab yang paling utama untuk kita jauhi arak adalah kerana ia adalah larangan daripada Allah, dan bukannya kerana terbukti oleh kajian intelektual bahawa arak tersebut memudaratkan. Sekiranya pada suatu hari nanti akan terciptanya arak yang memabukkan tetapi tidak memudaratkan adakah kita akan meminumya?

Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana mengajak masyarakat sekeliling kearah penjauhan arak menggunakan ilmu yang kita ketahui? Dan tidaklah sesuatu ilmu itu dipelajari melainkan untuk diamalkan. Semoga dengan adannya pengetahuan mengenai arak ini dapat merealisasikan “masyarakat yang jauh dari larangan-larangan Allah”..Amin

~4wd~

tazkirah>> al-kisah seekor katak di bawah tempurung.. 20/12/2009
al-kisah seekor katak di bawah tempurung..

"maka tersebutlah alkisah seekor katak di bawah sebuah tempurung... ada seekor katak yang bernama ATU yg baru sahaja melepasi alam 'berudu' dan menjadi seekor katak matang yang sempurna sifatnya... Lalu dia pun berjalan-jalan dgn cara katak (melompat) ... di satu kawasan berdekatan, ada sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak, tiba-tiba secara tidak sengaja, seorang kanak-kanak telah tersepak tempurung kelapa lalu tempurung itu bergolek-golek dan menimpa si ATU. lalu terperangkaplah ATU dibawah tempurung tersebut tanpa disedarinya... maka hiduplah ATU di bawah tempurung tersebut..

hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... maka genaplah beberapa bulan usia ATU.. ATU telah membesar menjadi katak remaja/dewasa... ATU menyangkakan bahawa itulah sebenarnya dunia dan nilai hidupnya... walaupun hakikatnya ATU hanya berada dibawah sebuah tempurung.. di dalam dunia ATU, makanan yang paling sedap baginya ialah cacing yg muncul dari bawah tanah... dan perkara yang paling menakutkan pula adalah digigit oleh nyamuk yg masuk melalui lubang tempurung/dunianya itu...

pada suatu hari, maka terjadilah satu peristiwa yang merubah sebahagian besar kamus hidup ATU, seorang kanak-kanak (kanak-kanak yang sama pada awal cerita ini) telah tersepak tempurung tempat 'dunia' ATU. lalu terkejutlah ATU melihat akan dunia yang berkali-kali ganda lebih besar daripada dunia tempurungnya sebelum ini, ATU pun meneruskan perjalanan hidupnya..

rupa-rupanya Banyak perkara baru dan lebih besar yang berlaku di dunia ini... ATU baru menyedarinya.... pertama, makanan yg paling sedap bukanlah cacing, banyak lagi yang ditemuinya di dunia ini spt semut goreng, lalat bakar dsb... kemudian ATU melompat-lompat lagi, lalu dia melihat banyak lagi katak-katak sepertinya yg berada di dunia ini... tiba-tiba, dia melihat seekor katak lain telah mati akibat dipenyek oleh kereta honda. rupa-rupanya, perkara yang paling menakutkan dalam hidup ini bukanlah nyamuk yg selalu mengganggu tidurnya sebelum ini, tetapi ada lagi yang lebih menakutkan iaitu mati dipenyek kereta... ini perkara kedua yg dipelajarinya.. ATU meneruskan hidupnya..

Semakin banyak perkara yg dipelajarinya di dunia ini... TAMAT"

p/s- pengajarannya ialah, hidup di dunia ini hanya sementara shj,,, dunia ini tersangat kecil nilainya, ibarat titisan air yg pernah ditunjuk oleh nabi menggunakan jarinya sewaktu menggambarkan nilai dunia ini kepada shbt2 baginda dalam sebuah hadith.

~4wad~
tazkirah>> tip untuk menghargai isteri (00,) 5/12/2009
MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?
Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.

Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.
Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah.

Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.
Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

2. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.
Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.
Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.
'
3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.
Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.
Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.

5. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.
Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.
Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan.

--------------------------
--------------
"Sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk berpecah akhirnya.. jika rumah tangga yang sudah dibina mengalami masalah kedua-kedua nya perlu bertanggungjawwab.. sikap lelaki yang suka berdiam diri ketika berhadapan dengan masalah kerana mungkin lelaki merasaka tidak mahu memperbesarkan masalah dan bingung dengan apakah yang diminta oleh seorang wanita sebenarnya tidak memberi penyelesian yang baik kerana wanita menunggu lelaki tersebut supaya memberi respon dan silalah gunakan cara yang bijaksana dan lembut kerana seorang lelaki dan perempuan adalah manusia yang masing masing mempunyai perasaan namun kasihanilah wanita yang hanya memerlukan bantuan untuk menjayakan rumah tangga yang dibina. Sikap emosional wanita adalah sifat lahirahnya kerana wanita telah diberikan rasa kasih sayang yang lebih berbanding lelaki, maka itulah wanita dipilih untuk melahirkan dan mendidik anak2 namun setiap wanita memerlukan lelaki untuk memimpin dan melindunginya.