senyum itu membahagiakan('',) 24/07/09


Senyum seindah suria..Yang membawa cahya

Senyumlah dari hati..Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah Ikatan...

p/s: senyum itu membahagiakan

erti kebahagiaan buat seorang ibu..('',) 22/07/09
"...Hadirnya tanpa ku sedari..... Menggamit kasih ..."
..lirik lagu dari h/p ku..menghentikan lamunan ku..
ku lihat...ooo ummi call rupanya... rindu nya pada seorang ibu...

ditengah2 perbualan...
" Da.. ummi dah masuk duit tu...
jangan lupa belikan baju untuk konvo nanti ye..'kata ummi....
"alaaaa...kena beli ke ummi...xyah la ummi'' jawabku

"beli laa..umi xsempat nak belikan baju..nanti ummi mai laa konvo nanti"
.." m...mm.. kalu xyah beli cam ner umi, alaa..pakai baju yang dah ade..
baju pun masih ok lagi..." jawabku...
" no..no..no.... (haaa, mak aku dah nak mula skeping tu=)
dengar umi kata, beli baju baru ye, tudung jugak...
xcukup duit gtau ummi abah..ok..." hm..tnpa bnyak bicara..
" baik bu....hehe..terima kasih ummi.. "

usai perbualan, h/p dimatikan... hm...jiwa memberontak kejap...
ya allah.. malasnye nak kuar..nak beli baju lagi..hu2.. aku xsuka shopping..
nak2 plak, baju kasut ...tudung..sbb semuanya xder yg berkenan dihati=) walaupun seharian ku shopping...yang ku bawa balik adalah perutku yang koonyang hehe(00,) alhamdulillah aku lebih suka jalan2 makan2...
window-shopping... & akan membeli bila perlu sahaja..
tapi bab makan ni hehe (tengok badan lee=)

itu lah kasih sayang seorang ibu...
xpernah mengenal erti penat lelah menjagaku...
aku yang bergantung hidup dengan bantuan PAMA sepanjang pengajianku,
xpernah kebuluran... segan meminta duit dari ummi & abah..
teringat dulu, ketika baki duit ditangan tggal 3 ringgit,..umi talifon & bertanyakan soal duit..aku bagitau ada 3 ringgit lagi...haaa, jwabnya sebakul laa kata-kata hikmah yang diperoleh ari tu hehee,
seronok juga dengar ibuku membebel ('',)

...miss u..ummi & abah..

kini aku makin mengerti... perasaan kasih & kebimbangan seorang ibu...
yang ingin melihat kebahagiaan anaknya mengatasi dirinya...
moga aku juga menjadi seperti ibuku... ('',)..amin

ke kawasan pelupusan sampah sg. sabai, selangor('',) 19/0709
hari ahad baru2 ni,...19/07/09
cik suE sempat ke tempat pelupusan sampah sungai sabai.. yang terletak di kalumpang, selangor('',) bessstt hehe... sejak mengambil kos alam sekitar ni, cik suE dah biase ngan sampah2...he2..bunyi cam jijik kan.. tapi bile dah wat sesuatu yg kita minat, everything's fine! hehe tapi xbermakne cik suE xmandi=P

first time sampai kat sane...hoho.. terkejut sangat, sooo biggg! besaqqq naaa.., nak kate amaizing pun boleh hehe.. luaskan? tengok lah betapa banyak nye..sampah sarap yang kita buang...

hm...kat malaysia ni, tempat ni org panggil tapak pelupusan sampah; org putih sebut landfill('',); bhsa melayunya... "isian tanah" he2..pelikkan..dlu pernah masuk xm, ttg isian tanah, punya laa pening, bukak dalam english punya.. oooo landfill rupenya=)

ini lak, air yang bertakung di kawasan yang berhampiran... mmm, berminyak, bertakung.. bukan nyamuk je suka dopp sini tau hehe

nampak x banyak plastik... wauuu! so colourfull hehe.. ni masalah landfill kita, kadar plastic yang dah sure xdapat dilupuskan, makin hari makin bertambah.. sedihkan hu... nampak x tin2, yang dah separate (dah asing..). Bagi penduduk miskin, esp warga asing, landfill ni dianggap sebagai sumber rezeki.. sbb after separation, diorang akan amik n jual..


eee...tka ape yang cik suE nampak?
hoho, betapa tabahnya hatiku menghampiri tempat ni, ..geli sangat, tengok ulatttttt2...bukan sebarang saiz tauu, xsilapp cik suE, saiz ulat2 ni, xxxxL kot huhu... besauuu, gerak sane sini, mknan bnyak kan, best dorang makan=p terpikir sejenak cik suE, kat dalam kubur nanti, cam ne laa huhu... nauzubillah, walaupun cik suE xbaik cam org2 lain, tpi hati cik suE baik =P haha...xder laa..

ni gambar dalam keta, mmm ape name menda ni ea,..jentolak ke..jengkaut..('',) cik SuE lupa laa..mtk maaf ea, gunanya utk angkut2, mampat2 sampah2 kat sini..

ni lombong yang berdekatan,. lombong emas yang dah lame, tapi airnye x ngalir... rasenya ikan kat sini bahaya untuk dimakan... bkn ikan je tau('',) spupu pada crocodile pun ade hehe.. kat sini, sampel air diambil

haa..yang ni landfill yang dah lame, nampak x beza dia? org panggil old landfill, plastik dlm gmbar ni dah lame dah, dlm 10 tahun lebih.. tengok, plastik xkan luput sampai bile2, n ia ambil mase hingga 300 atau 400 athun untuk lupus tau huhu.. ciannye..

ni air longkang yang bertakung... nyamuk pun ade tau('',) juga hasil dari leachate yang mengalir.. leachate adalah air yang ngalir, hasil dari smpah2 tu.. pnh tgk x lori angkut sampah yg dtg ke rumah tu? haa..air yang ngalir atas jln raya tu laa leachate ('',)

stiill da' same, air longkang tadi x mengalir...

look what they'd separate.. bagi pekerja yang kerja kat landfill ni, mereka dipanggil sbg scarvenger..mereka asingkan tin2, bekas, plastik yang leh reuse and so on..
ia sbg sebahagian daripada sumber pendapatan mereka... kbnyakan mereka tinggal di kawasan landfill dan kawasan berhmpiran..


haa... ni cik suE ngan kwn2, pip n k.aida hehe.. ape istimewnya kerusi ni?
pnh masuk dlm paper kot, ade sorg pak cik dok atas tu xsilap,.. landfill ni dah masuk kwsn tanah pak cik tu, cian kan... hm mane satu cik suE ea...
< haa, yg tomeyy tu=) alaa2 comeii nyeee hehe

last..tengah amik sampel air kat sungai yang berdekatan...('',)

just for discussion.. kbnyakan landfill kat malaysia ni, old landfill, yang lama pun, walaupun dah ditutup dengan lapisan tanah, leachate tetap keluar dan mengalir; that's da problem.. bile ngalir, hujan.. air akan membawa alian leachate ni ke dlama sungai... pencemaran sungai akan berlaku.. jadi kwn2.. kurangkan sampah-sarap yang kita hasilkan, kalu leh reuse, reuse laa('',) lagi baik separate before send to da' landfill.. kita ade incinerator (mesin yang lupus sampah tu, burn ) tapi kita kna paham, waste kat negara kita ni, so wet..!
hampir 70% basah n mengandungi air... kbnyakannya laa, ape xnye.. xabih mkn kuah roti cnai, kpla ikan, kari ayam.. sume masuk dlm tong sampah hehe... xleh laaa cam tu ('',) cian kat lanfill, nanti kita dah xder tanah u tuk buka lndfill, ssbb persaingan guna tanah kat malaysia ni terlalu tinggi.. ok(oo,)

rindu + sunyi lagi.... 19/07/09
..hm...ingin meluah tapi masih terbuku...
sukar untuk diungkap dengan kata2..
walaupun ntah pe2, ku cuba menggerakkan jari..menaip bait demi bait..
menghilangkan kesepian malam... ku rindu pada matahari...
semoga malam yang kelam cepat beransur pergi..
menggantikan cahaya mentari (he2..tu intro je=p)

kaki melangkah ke kelas... terjumpa adik2 di tengah jalan... smpat lagi tgo2...
"ai k.su...xabih lagi ke?" "eh, k.su kna ngulang ke?
" k.su repeat paper gapo...hehe"
sume persoalan itu ku balas dengan senyuman yang paling menawan...
"hehehe...ada laaaaa" jawabku, aku gelak bersama adik2 ...
sepi rasenya kembali menapak dibumi Malaya ini huhu.....

ya allah..moga ku terus tabah..amin('',)

teringat suatu ketika..awal bulan 7 baru2 ni..pulang dari cefe colej..
aku menangis... yup! terbayang muka kawan2 kat cefe kolej12... teringat zaman muda2 dulu hehe ..(padahalbaru je pisah=)) ..mm..berair mata, tiada teman cam wat degree dulu... hu sedihnya....yang ada hanyalah adik2...
yang hanya saling membalas senyuman..

hampir sebulan, ku gagahi kaki..kini ku meneruskan pengajian... mengimbau kenangan cuti baru2 ni.....

selamat hari lahir ..hussain('',) 18/07/09
salam.. selamat hari lahir untuk sahabatku..hussain..('',) sweet 23 ea..

moga panjang umur, murah rezeki..
hussain kawan baik pada kawan su, nama dia suriani..(suri) ... siapa sangka pertemuan singkat dirumah suri, mnjadikan hubungan psahabatn kita semua erat hingga kini.. bermulanya ketika aku n suri menunggu panggilan U.. dikurniakan allah sabahat yang mamahami..walaupun sblm ni xpnah bersua.. terima kasih suri, hussain, mukhlis & afifi atas persahabatan yang terjalin, dari dulu hingga kini...


~hepi birthday(''',)~
hussain, semoga beroleh kesihatan dari Ilahi..moga berjaya dunia akhirat(00,)
hepi birthday my friend... sweet 23
tazkirah >> cerita kerang('',) 18/7/09

Ini cerita seekor kerang...Cerita pengajaran...Cerita sastera...Cerita kita.

Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang
tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang. Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan. Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan.



Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang. Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.

Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita. Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi.

Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah. Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?
melangkah ke alam baru...('',) 15/7/09
melangkah ke alam baru...bukan suatu yang mudah,.
hm...sape kate mudah ea hehe... alam baru yang ku maksudkan..
bukan alam perkawinan.. namun sebuah perjuangan yang tiada penghujungnya... guestt whatt?? hehe..
tuk pengetahuan suE dah mulakan hidup baru..
hidup yang lebih mencabar...bestt ke ea..aku pun xpasti...
namun ku gagahi langkah untuk terus bertapak...


...
apakah..aku mampu meneruskannya....
aku perlukan kekuatan dariMu...amin..

selamat hari lahir... faisal ('',) 13/07/09
d kesempatan ini... masih belum terlewat utk suE ucapakn..

"selamat hari lahir" kpd shabatku.. faisal..
sweet 23..moga jadi hamba allah yg bertaqwa..
semoga segala impian jadi kenyataan..
moga panjang umur murah rezeki naa...('',)

kkdg jelous gak.. tgk hasil coretan beliau..
maklumlah ..dengan ilmu yg belau ada..
tidak mustahil beliau menjadi seorang pemimpin
..yg disegani & hebat suatu hari nanti..amin..
menarik juga kkdg diri ini menjadi pembaca setia blognya..
paling tertarik coretan tntg.. "bunga2 bahasa ibu ayah.."
di http://faisalmustaffa.wordpress.com/2009/06/
terfikir sejenak kita dibuatnya...

kita sebagai insan, harus menerima diri kita seadanya..
mungkin kita x sehebat dia..namun yakinlah...
allah tetap bersama kita..tiap pada diri kita..ada kelebihan & kekurangannya..

buat shbatku...
wish u.. all da' best 4 ur future undertaking('',)..
slmt hari lahir yg ke 23... 13/7/09
(ni kek bfdy..>>:)



antara impian, semangat & cita2....
hm... kkdg terfikir juga, dimana kwn2 ku skg ni ea..
mungkin ada yang dah kje.. ada yang tanam anggur..
ada yang tunggu nak grad..n ada juga yang sambung stdy..
tahniah utk shbatku yg semakin mengejar impian & cita2.. ('',)

terdetik dihati kecilku, aku pula bagaimana...
dimana letaknye sebuah impian..semangat & cita2 ku..
(to be contineuuuu..... ;P)

~mane satu hatiku....yg pasti aku kesunyian ;-( .....~

just share..('',) 12/07/09
~yakin pada dirimu... shuhada harus tabah menempuh hari mendatang....!!('',)~

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say...

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya
macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya
'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita
BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita
KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIKyang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah...Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk
itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menetang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"


kenangan LI JASNK (OO,) 11/5-2/7/09
kenangan LI JASNK (oo,)
sepanjang cuti 2 bulan ari tu...bnyak mase dihabiskan kat ofis..
tuk pengetahuan, suE wat latihan industri (
LI) kat Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan (JASNK).. hoho best sangatt=)

~sweet memory '09~

mula2 sampai xder kje boring gak.. hari first dapat khatam sebuah novel hehe walaupun x minat nak baca..tapi layann la jgk sbb boring.. 8 minggu kat JASNK dihabiskan dengan pelbagai aktiviti.. n alhamdulillah pelbagai pengalaman baru n berharga yang diperoleh.. Jutaan terima kasih pada sume kakitgn JASNK atas layanan baik yg telah diberikan ... best=)

~bangunan JASNK 09~

last2 nak hbis tu sedih plak huhu... berpisah ngan teman2, mmg satu kpla laa kitorng, wlpn diorang tu muda 2 tahun dr aku, sampai trase diri ini masih muda bile berkawan ngan diorang hehe (tp xtua lagi aku ni=P)
bestfren aku kat sane da 6 org...
~Mal, B, Ummi n suE~

~Ct, SuE, Mal, B n Ummi~

B, siti n ummi student UiTM Shah Alam, bkak ni tahun 3 ..sume bijak pandai..
dok ngan diorang ni, ade je menda yang boleh digelakkan bersama hehe..
nak2 plak aku mmg ska wat lawak=p
Mal plak student UMS ...jauh di sabah bah.. diorang cukup sporting,
first day aku sampai diorang sambut.. n jd laa kwn baik hgga ari ni..('',)
mg pshbtn kkl slmanya


~B ummi n SuE mkn nasi krabu~

pg2.. mmg aku jd pembekal nasi hehe.. nasi krabu ada, nasi dagang,
nasi ayam n mcm2..
best, makan lepak ramai2.. windu laa plak hu..

~selamat berjaya shbtku('',)~

pd kwn2 ku, semoga berjaya di lapangan masing2,
ku doakan kejayaan n kebahagiaan semua, xdilupakan juga buat KuNa,
slmt mnghitung hari menuju ke alam bahagia, jgn lupa jemput ea('',)



miss u all('',) 10/7/09
haa..ni cik SuE skg ni..sweet x=P

assalamualaikum w..b.t...('',)
hm..windunyaa kat sume... firstly..suE mtk maaf laa.. dah lame xupdate blog.. bkn ape, cuti baru ni bz ngan prktikal (11/5 -2/7/09) tenet kat sane x bape ok... huhu.. xdp nak on hari2..kkdg je g CC..tu pun cek emel je=) ok.. maaf ea... suE akan sentiasa mencoretkan di ruangan ini.. mungkin blog ni dah sbhgian dari lembaran hidup.. it's also my diary..hehe.. walaupun suE xtau.. ada org yang bace ke x.. atau sape yg mengunjungi diri ini... (korang pun ..kalu dtg tu, tggal2 la jejak ea=P).. tapi yg pasti ade jugak yg merindui ku di sini hehe=)

~utk kwn2 sume =0)
thnx.. anyway('',) mg hubungan kita sume xputus.. su sayang kwn2 sume.. thanx hadir dalam memenuhi kekosongan dihati ini... buat k.ani yg kat UK tu, cpt2 la balik ea.. nanti dpt jumpa hehe
cayang kwn2 sume=) tcre